GELAK TAK INGAT

Thursday, 3 November 2011

BOSS 

Ni kisah sorang bos yang dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja-pekerja yang agak kurang motivasi dan selalu cuai dan pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit masa firstday dia kat kompani tu. So, sape-sape yang dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Nak jadikan cerita, memang malang tidak berbau, dia ternampak seorang pekerja yang sedang dok nyandar kat tepi dinding. “YANG BERBAJU BIRU TU!” dia menjerit. Jeritan kuat menyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. “Bape gaji awak?” dia bertanya dengan nada yang agak keras. Pekerja tu menjawab “Dalam RM800″ “NAH AMBIK RM800, BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS-MALAS PEGI KERJA TEMPAT LAIN” Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja-pekerjanya, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat! Merasakan pekerja-pekerja memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas. Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opisnye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu. “Mamat tadi tu kerja department mana?
” Jawab si pekerja,”Owh, dia tu anto pizza”.
“Haa!!! Anto piza????? “

No comments:

Post a Comment