GELAK TAK INGAT

Wednesday, 9 November 2011

AYAT POPULAR BILA LAMBAT

→ “Aku on the way ni,tunggu la..jap lg aku sampai”

→ “Jem teruk nih..Aku sanggup tempuh dalam jem ni..tak caye kau dengar hon kat luar nie”

→ “Wei tunggu la jap..Kete aku pancit tepi jalan..tengah repair nih”

→ “Ala,tak gelap pun kulit kau kalau tunggu aku lama sikit..duduk lam aircond pun nak kecoh”

→ “Ala kan banyak shopping complex kat situ,ko jalan la cuci mata sementara aku sampai”

→ “Ala bising la ko nih!Aku da sampai ni pun kira okey,kang aku patah balik kang”

Tuesday, 8 November 2011

Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di England
dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap
seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.

"Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya salah
seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.

Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah di tetapkan sedangkan
ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu
tandas tersebut.

Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket.
Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas di buka sedikit sahaja,
kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut
dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki
India itu memang bijak.

Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapat
menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?"
tanya salah seorang lelaki Pakistan.

"Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak
di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah
tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".
Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah
mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu

pembantu rumah



Seorang tuan marah-marah pada pembantu rumahnya.
"Sudah aku katakan ..............jangan kamu beritahu puan pukul berapa aku pulang malam tadi. Kenapa kamu cakap juga?"
" Maaf tuan............saya langsung tidak cakap waktunya," jawab pembantu rumahnya.
" Habis, macam mana isteri aku tahu aku pulang lewat? Apa kamu cakap?"
"Saya cuma cakap yang ketika tuan pulang..............saya sedang ambil air sembahyang subuh dan tak sempat tengok jam..........."
Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu

Hantu Ponteng
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu nengok e-mail..macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja ...

hutang



Seorang anak disuruh oleh ibunya ke kedai untuk berhutang beras.

Anak : "Pakcik.. emak suruh saya hutang beras boleh?."

Penjual : "Boleh.. mahu berapa kilo?"

Anak : "2 kilo pakcik"

Penjual : "Nah ambik ni.. balik tu jalan elok2 tau.."

Anak : "Eh... pakcik.. wang bakinya mana? buat-buat lupa plak dia..."

Thursday, 3 November 2011

Sindiran Mak buat si anak. kahkah3...

Aiman: Mak minta duit skit
Mak: Nak wat pe duit?
Aiman: Nak top la....alah RM3 jer
Mak: Kalau sehari RM3 kalau seminggu?
Aiman: Alah...kedekut ar mak ni
Mak: Kalau aku kedekut....dah lama dah kau kebulur mati tak makan apa
Aiman: Haaahh, ye la. Boleh yer mak?
Mak: Ermmm.... tapi nak buat apa topup tu?
Aiman: Nak telefon girlfriend Aiman la
Mak: Oooo.... nak telefon dia suruh aku topup, asal tak minta kat bapak dia je?
Aiman: Tak habis2 berleter
Mak: Aku ada mulut aku cakap la.... kau nak telefon buat apa gf kau tu?
Aiman: Nak tanya dia makan ke tak....dia mandi ke tak lagi.
Mak: Kalau dia nak hidup, pandai2 lah dia makan, kalau dia busuk pandai2 lah dia mandi

baru ada akai


Miss Ann seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun
1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan
pada hari Isnin nanti.

Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu
ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada
satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila
sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris
ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman
nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu
Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu.

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki
dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata
"Ladies first" balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa
Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu.

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: OK boy, did you get the words?

Budak: Yes, teacher.

Cikgu: Good, what is your first word?

Budak: Shut up you !!!

Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Budak: Superman !!!

Cikgu: Bloody fool! Get out from this class

Budak: Ladies First
 Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu
helikopter, lambat plak ari nie ye"

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan
aku bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku
tengah minum teh ais nie?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi
keje lah nie...opis saya dah pindah kat
rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia
pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro
menentang Raksaser dari Planet X...ko
tunggu jap nanti otromen kuar".
Nenek dan Cucu

Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan
yang tak sepatutnya...

Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani...

Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri.

Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.

"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"

Jawab si ayah
"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."
MACAM-MACAM WATAK PENGGUNA FACEBOOK

1. MODEL : Tukar gambar setiap hari

2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari...

3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat)

4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !

5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)

6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit

7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-'

8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy -.-''

9. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?)

10. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile. MOTIFFFFFF ? :D
Suatu Yayasan Keluarga di Indonesia mengadakan pertandingan siapa yang ramai anak peringkat antarabangsa.Di final pertandingan tersebut di adakan di depan orang ramai yang menjadi penonton yang diadakan di stadium bolasepak Senayan.

Diumumkan pemenang ketiga bernama Sumardi dengan membawa 50 orang anaknya. “Inilah peserta dari India dengan 50 anak !… penonton pun bersorak “fuuuuyoooo!…. ”

Kemudi...an dipanggil pemenang kedua iaitu Radin peserta dari China dengan membawa 100 orang anaknya. “Penonton sekalian, juara kedua peserta dari China dengan 100 anak !… penonton bersorak lagi “fuuuuyoooo!…. “Isuhangat hangat bangat deh!”

Tiba masanya diumumkan juara pertandingan, berjalan dengan ‘kerek’nya ke tengah stadium.

“Juara Pertama dari Indonesia iaitu Ajoi !”

Para Juri dan penonton TV siaran langsung agak terkejut sebentar (kenapa boleh jadi juara, ya?), tapi kemudian terdengar suara semua penonton di stadium bersorak

“Bapak ! Bapak ! Bapak !”
Azman:Bad,boleh tolong buatkan teh utk aku x?
Badrul:Boleh je..no hal bro..*ke dapur buat teh*
Azman:Eh Bad,asal teh kau buat ni masin?
Badrul:Gula dah abis..Aku letak la garam..
Azman:Apesal kau letak garam plak..??!!
Badrul:Kan aku dah cakap gula dah abis..!!
Azman:!@#$%&*
Situasi : SMS

Si Lelaki: awk da bf?
Si Gadis Manis: xda lg..tp ramai org ajak sy kapel..jd..awk jgnla terlalu mengharap yew..
Si Lelaki: aik???? Maksud sy..awk da breakfast ke blum...
Si Gadis Manis: ....................grrrr !
Ada sorang budak otak blue tengah duduk kat tempat belakang dalam kelas matematik. Cikgu nampak dia tak beri perhatian lalu memanggilnya.
"Ali,cikgu nak tanya soalan kat kamu"
"Apa dia cikgu?" Balasnya.
"Ada 3 ekor burung kat atas pagar,kalau kamu tembak sekor,berapa ekor tinggal?"
Tanya cikgu. Ali pun menjawab "Kalau saya tembak sekor,mesti lagi 2 ekor tu pun terbang terus"
Cikgu balas "Bukan,kalau kamu tembak sekor,tinggal 2 ekor la. Tapi saya suka cara kamu berfikr tu"
Dengan rasa bangganya,dia jawab "Biasa la cikgu. Ha,saya pulak nak tanya soalan. Ada 3 orang awek tengah makan aiskrim. Sorang jilat,sorang lagi hisap dan sorang lagi gigit aiskrim sendiri. Yang mana satu yang dah kahwin?"
"Err...yang tengah hisap aiskrim dia kot." Balas cikgu.
Ali pun jawab "Bukan.

Yang pakai cincin kahwin la.

Tapi saya suka cara cikgu berfikir"
Seperti biasa, Che'gu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che'gu Berahim mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta
muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Che'gu : Allahhuakbarr!!!
~P" hendaklah digantung pada motosikal bagi yg baru lulus lesen motor.~

Polis: "P" mana pak cik?

Pak Cik: Pi Aloq Staq.

Polis: Pak cik nak bergurau plak yea, "P" mana?

Pak Cik: Aku nak pi Aloq Staq.

Polis: Amboi, main² plak pak cik nie, nie saya tanya ni pak cik, mana "P"?

Pak Cik: Aku dah habaq tak sat Aloq Staq, hang tak dengaq ka? janganlah nak
pelekeh orang tua cam aku nie

Polis: Nak pi.. Pi lah..

Pak Cik: Hah, tue kan senang, yg dok tanya banyak² tue pasai apa.....

hebat hebat

Ader seorg guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan die pun berfikir bagaimana nk brain wash kanak2 di tadika tsebut supaya tak percaya wujudnya tuhan.Die pun mdpt satu akal...

Guru tadika : Ank2,nampak tak pen ni.
Ank2 : Nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ade kn.
Ank2 : Ader cikgu.
kemudia guru tadika td memasukkn pen tu dalam poket die,kemudian bertanya lg..

Guru tadika : Ank2,nampak tak pen?
Ank2 : tak nampak cikgu.

Guru tadika : pen ade tak?
Ank2 : takder cikgu.

Guru tadika: Ank2 nmpk tuhan tak?
Ank2 : tak nmpk cikgu.

Guru tadika : tuhan ader tak?
Ank2 : takder cikgu.

Guru tadika td sgt gembira sbb tujuan die nk brain wash otak bdk2 tu berjaya Ttp dlm byk2 bdk tu ader seorg bdk yg pintar,dan die minta pun mengangkat tgn...

Bdk A : Cikgu bleh sy ckp sesuatu.
Guru tadika : Bleh,mari ke depan.

Bdk A : kwn2 nmpk cikgu tak.
Kwn2 : nampak.

Bdk A : cikgu ader kn?
Kwn2 : ader.

Bdk A : kwn2 nmpk otak cikgu tak?
Kwn2 : tak nampak.

Bdk A: cikgu ader otak tak?
Kwn2 : tak ader. Kehkehkeh, padan muke cikgu
Pesawat Air Lines sedang mengalami gangguan enjin di udara.

"May day,may day,may day...!!", terdengar juruterbang siarkan S.O.S melalui radio.

"Pesanan anda didengar jelas," kata petugas dek menara pengawas, "Harap beritahukan tinggi dan posisi anda segera..!!"

"Ya, baik, "jawab juruterbang itu. "Saya tinggi 1.8 cm dan saya duduk di kerusi yang paling depan!"
BOSS 

Ni kisah sorang bos yang dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja-pekerja yang agak kurang motivasi dan selalu cuai dan pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit masa firstday dia kat kompani tu. So, sape-sape yang dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Nak jadikan cerita, memang malang tidak berbau, dia ternampak seorang pekerja yang sedang dok nyandar kat tepi dinding. “YANG BERBAJU BIRU TU!” dia menjerit. Jeritan kuat menyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. “Bape gaji awak?” dia bertanya dengan nada yang agak keras. Pekerja tu menjawab “Dalam RM800″ “NAH AMBIK RM800, BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS-MALAS PEGI KERJA TEMPAT LAIN” Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja-pekerjanya, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat! Merasakan pekerja-pekerja memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas. Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opisnye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu. “Mamat tadi tu kerja department mana?
” Jawab si pekerja,”Owh, dia tu anto pizza”.
“Haa!!! Anto piza????? “

sian ngat aiiihh

Seorang gadis cantik sedang berdiri dalam sebuah bas. Gadis itu memakai baju ketat tanpa lengan dan di sekitar bahunya ada sebuah tatoo berukir sekuntum bunga mawar.

Ajoi berdiri di sebelahnya berkata pada gadis itu, "adik bunga mawarnya cantik sangat."

Gadis itu diam saja.
...
Ajoi berkata lagi, "boleh saya cium bunga mawarnya?"

Gadis itu tetap saja diam. Untuk kesekian kalinya ajoi pun berkata lagi, "boleh tak saya cium mawarnya?"

Kerana dari tadi Ajoi itu tak berhenti meminta, gadis itu berkata, "sebelum kamu cium bunga mawar ini, kamu cium dulu akarnya," sambil mengangkat tangannya ke atas dan memperlihatkan bulu ketiaknya yang lebat..
Dapur Paling Bersih di Bandar

Sepasang
suami istri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di
sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut,
mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"

Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan... Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini."

Pemilik
: "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur.
Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"

Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun
Siapa dulu sampai di bumi 

Ajoi semasa di bangku sekolah. Cikgu sains sedang mengajar kelas Ajoi berkenaan Hukum Newton.

Cikgu Sains: “Ajoi, saya tengok awak dari tadi berangan jer..”

Ajoi: “Takdelah cikgu saya tgh concentrate giler ni..”

Cikgu Sains: ” oo tak ngaku yer. Kalau gitu… saya ada satu soalan awak kena jawab. …Gini, Ada tiga orang penerjun payung terjun. Berat penerjun pertama mempunyai berat 50 kg, penerjun kedua berat badannya 70kg dan penerjun ketiga berat badannya dua kali ganda berat penerjun pertama.

Soalannya jika mereka terjun serentak dari helikopter yang sama, siapa yang mula-mula turun di bumi?”

Ajoi: “Err…Nabi Adam!”
Radhi dan Khalid, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan
di suatu kawasan yang agak terpencil. tengah syok berborak tentang kerja,
tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan.
lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi.
“Fasal apa adik menangis”, tanya Radhi.
“Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong”,pujuk Khalid pulak.
Sambil teresak-esak budak tu berkata “Tadi sebelum saya keluar makdah pesan. kalau nak melintas jalan
tunggu kereta lalu dulu. masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta
pon yang lalu. Motor buruk ada laa..”.
Mendengar penjelasan budak tadi,
radhi dan khalid hanya menggelengkan kepala. tak tau aper nak explain kat budak tue
KETURUNAN ORANG KAYA

Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.
Ibu :”Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya

dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan”.
Anak :”Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?”
Ibu (tersipu malu) : “Kerana kita ini keturunan yang ke 8
Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, 
tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung 
beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia
yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi.
So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej
tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej
aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...
Macam mana nak aplikasikan grammar English dalam kehidupan seharian~~

Suami: Ayang, abang nak kahwin lain boleh?
Isteri: Boleh, tapi syaratnya kena belajar grammar English dulu.
Suami: Errr... Aaaa, Ok2.
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural", kan?
Suami : Betul...
Isteri : One car sebagai singular, two cars pula sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural tu kan?
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang...
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?
Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.. hehe
Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu.
Lelaki yang empunya gelas terus menangis.

"Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori.

"Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!"

"Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa
aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini.
Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak
muncul meminum racun aku..
suatu ari di sekolah...
cikgu:Murid-murid,apakah cita-cita kamu apabila dewasa nanti?
lalu abu mengangkat tangan
abu:cikgu,saya nak jadi mat rempit..
cikgu:ishh,kamu ni!kan bahaya jadi mat rempit tuh...
abu:xkisah pape terjadi..saya tetap jadi mat rempit...
cikgu:sbb ape kamu nak jadi mat rempit abu?
abu:saya nak mati di jalan yang lurus cikgu.!
cikgu:@^%^*&*#!
Seorang bangla dan rakannya sedang berbual,

Bangla : Wah...esok aku nak balik bangladesh...Isteri aku dah mengandung 3 bulan

Rakan : Oh..Mesti awak gembira

Bangla : mestilah..dah 3 tahun aku tak balik.

Rakan : ????
Anak: Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi..

Ibu: Jadi??

Anak: Semua orang gelak, kecuali saya ,,:D

Ibu: Awak anak yg baik. (lalu Ibu mencium dahi anak nya)..

Anak: Ibu nak tahu siapa yg jatuh tu??

Ibu: Siapa???!

Anak: Sayalah !!!

Ibu: Cis!
SKETSA KELUARGA

Isteri: Abg~ Saya tengok abg ade gambar saya dlm dompet abg.dan abg akn bawak ke mane2 je abg pegi.kenape ye abg?

Suami: Yela...bile abg ade masalah,terutamanye pasal kerja,abg akan bukak dompet dan tengok gambar awak...bole da tengok gambar awak,ilang semua masalah abang...

isteri: Hihihi...terharunye saya...abg rase la betapa kuatnye pengaruh seorang isteri kat suaminye...tenkiu abg~nanti jgn lupe ambik budak kat taska ye.saya penat la~

Suami: Yela...
(dalam nada perlahan bercakap pada diri sendiri)
Ye...bile aku tgk gambar ko dlm dompet aku ni,aku slalu tanye kat diri aku ape lagi masalah yg lebih besar dan menyusahkan slaen dari ko ni???haishhh
Seorang taukeh cina kaya membuat laporan polis kerana wangnya sebanyak RM80,000 telah dicuri di rumahnya.Sementara menunggu siasatan pihak polis,kerana amat sangat sayangkan duitnya itu,beliau akhirnya membuat keputusan untuk menyiarkan iklan tentang kehilangan wangnya itu dalam akhbar Malaysia.

Iklan tersebut berbunyi begini…

SESIAPA YANG MENJUMPAI WANG BERJUMLAH RM80,000 YANG TELAH SIAP DIIKAT DENGAN GETAH,..TOLONG KEMBALIKANNYA KEPADA ENCIK TONG YEK LOI(TALIAN 0148881XXX/alamat xxxx)..GANJARAN BERUPA KERETA B.M.W DAN WANG GANJARAN RM10,000 AKAN DIBERIKAN..SEKIAN…

3 hari selepas iklan itu disiarkan,tiba2 pintu rumah taukey tersebut diketuk oleh seseorang…Apabila taukey kaya tersebut membuka pintu rumahny,maka kelihatan seorang lelaki..

Si Lelaki:Boleh tanya, ini encik Tong?yang kehilangan wang tu??

Taukey:ya2!saya..dah jumpa ka duit saya tu?(nada gembira skit)

Si Lelaki:Wangnya masih tak jumpa,tapi getahnya saya dah jumpa..ada ganjaran juga ke ni??
ahmad serorang bdk drjh 1..diawl pgi die mnanye stu soaln pde cikgunye,,

Ahmad:Cikgu mcmne nk thu seseorg itu pmalu..??
cikgu:tngok la pde prlkuan die..klau die jln trkpit2..msti die tu seorg pmalu..dkt dlm kls ni aminah sorang kan mcm pemalu..jadi cikgu nak kmu jadi suare latar bile die dtg nnti..

Ahmad:o0o0o0o...suara latar tu ape pula cikgu...???(smbil mnggru kple)
Cikgu:suare latar tu sprti pngulas bolasepak..ble org tu brgrak die brkte tntg org itu..

Ahmad:ok cikgu saye phm..

(slps bbrape minit aminah pun smpai..)

aminah mmbri salam dgn suare yg lmbut..(org pmlu katekan..)

ahmad pon memulakan..

Ahmad:dan klihatan dsitu aminah mmbri salam,
dan Aminah pon masuk dengan pnuh KEMALUAN...

Cikgu: $%^&*o_0"#$%^&*

boleh dak pantun tara tuu

MASALAH PENDENGARAN

Lehman:Mak, lehman nk tanya satu soalan... kalau orang jadi ikan, ikan jadi ape....?
Mak Leha:Emmm, ikan jadi banyak...
Lehman:Salah, Ikan jadi banyak... apelaa mak ni, ade pulak jadi minyak.... soalan senang pun x buleh jawab...
Mak Leha:Ish2 kamu ni.. Sudah, pegi kat ayah kamu cakap mak suruh p kedai beli KANGKUNG untuk buat KARI malam ni....
Lehman:Bapak, mak suruh pegi kedai beli PAYUNG untuk buat PARTI malam ni.... Lehman pun tak tahu kenape...
Bapak:Ish2 mak kamu ni, tak ape, kau tak perlu tahu pun x pe...

Lalu si bapak pun keluar rumah dan pergi ke kedai... 15 minit kemudian, si bapak pun pulang dengan bawak bungkusan plastik kecil dan diberi kepada mak Leha...

Mak Leha:Laaa, kenapa kamu beli ni bang.....?
Bapak:Kamu ni nyanyok ke hape, Leman cakap kan kamu suruh beli SARUNG untuk buat AKSI malam ni....
Mak Leha:#$%&^%$^
2 cina hidup bjiran sll bgado dan xpnh berbaik2.Ade je yg xpuas ati antara mereka.1 hari kebetulan mereka kluar umah time mlm serentak.Kedua2nya memandu kereta.Ketika di jalanraya mereka bdua tlh bselisih dan masing2 memecut krn nak tunjuk siapa lebih hebat.Tiba2,kedua2 kereta bergesel n terbalik ats jalan.Tapi mereka slmt.

Cina1:Wa rasa tuhan mau kasi kita jangan gado2 ini macam.Xbaik lo.
Cina2:Wa pikir itu macam juga.Kita ari2 gado,bila mau abis?

Sambil bercakap,Cina2 menghampiri keretanya yg terbalik dan tnmpk air araknya yg dismpan dalam kereta slmt.

Cina2:Lu tgk,wa nye arak slmt.Wa ingt tuhan mau kasi kita baik.Ini arak tuhan jaga so kita bole celebrate kita punye friendship..
Cina1:Magik!Btol la apa lu ckp.Wa sangat tenkiu pada tuhan.
Cina2:Pasal ini arak wa punya,wa kasi pghormatn sama lu kasi minum dulu.

Cina1 pn minum hmpir stgh btol lalu dihulur pada Cina2 tapi die xnak.

Cina1:Lu xnk minum?Kata mau celeb?
Cina2:Xpa.Lu minum dlu.Wa celeb lps polis smpai~
Cina1:LU #$@^%!!!
cikgu : mat , ayam ad berapa kaki ?
mat : 2 .
cikgu : ayam ad sayap ?
mat : mesti la ad
cikgu : ayam blh terbang ?
... ... mat : xboleh .
cikgu : nape xboleh ? kan kamu ckap ayam ad sayap
mat : sbb badan nye berat sngt kot.
cikgu : ok . ayam makan ape ?
mat : boleh sy tnyew cikgu 1 soalan ?
cikgu : ape ?
mat : cikgu xpenah tngok ayam ke ?
Ali dngan bangganya bangun awal bersiap2,memakai baju melayu lalu ke masjid. tiba di masjid ali terkejut kerna tiada seorang pon d masjid.. ali dngan kecewanya balik kerumah dan memberitahu ibunya

ali: ibu kan ary ni ary raya..awat x der sorang pon kat masjid nak smayang raya

ibu: awat ke bodo nya ko ni...kan ary ni depavali..mana ada org islam nak semayang sempena ary depavali

ali: o0o ali lupa..ali ingat kan ary ni ary raya korban
TAK PAHAM
di sebuah sekolah pada awal tahun..cikgu akan menemuramah murid-murid di dlm kelas untuk mengeneli mereka..

cikgu:baiklah murid2.skrg cikgu nak tanya nama sorng demi sorng ..okey ,siapa nama kamuu.
amar:nama saya amar syakirin b. hamid
cikgu:kamu ade brp adik-beradik.?
amar:saya ade tiga org,cikgu.
cikgu:adakah kamu anak sulung.?
amar:nama ayah saya bkn sulung ..tadikan saya dah ckp nama ayah saya hamid.
cikgu:sulung tu maksudnya anak ygplg tua..adakah kamu anak yg tertua.?
amar:saya baru maksud tahun 1.takkan dah tua kot..kalau cikgu..baru boleh kata tua
cikgu.:aduhhh...kalau adea ramai murid gini..bole mati ku..
Polis : Tuan, pihak kami telah menemui seorg mangsa kemalangan maut yang disyaki isteri tuan. Kami perlukan tuan utk dtg sekarang ke hospital bagi tujuan pengesahan mayat mangsa.

Suami : Maaf. Saya sgt sibuk skrg. Encik ambik gambar mangsa tu, upload kt facebook dan tag saya. Kalau betul mayat isteri saya, nanti saya akan klik "LIKE"
‎=== SEKADAR LAWAK - POLITIK DAN PUTAR BELIT === Situasi sebenar :Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian. Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari." Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan." Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?" Harakah - "Kami tiada beca." Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah." Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkanubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!" Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca." Perkasa - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!" Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster." Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi." Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari.! "
‎==== LAWAK NAMA SI MANJA ====
Suatu Hari Abu Datang Ke Rumah Amin Melihat Ali Dengan Kucingnye..
Abu:Hmm..Cantik Kucing.,Kucing Kau K Li?
Ali. :Yup
Abu:Apa Nama Kucing Kau?
Ali. :Puteri Sayang Intan Manja Kaseh Dorillea Hanim..
Abu:Perrgghh..Panjang Name..Habis Kau Pnggil Die Ape?
Ali. :Me0w!
cikgu:murid2..sape yg tahu apakah 7 bende ajaib dalam dunia?

boon kok keong:piramid cikgu..

cikgu:bagus...lagi siapa yg tau..sila bangun..!!!
...
gopal:taj mahal..cikgu..

cikgu:bagus...lagi....!!!

husin:hati..cikgu..!!!

cikgu:aik..kenapa pulak hati???boleh kamu terangkan pada kelas..???

husin:sbb hati manusia ni..orang x nampak.tapi boleh rasa..kalau hati menangis..xde sape buleh dengar.dalam hati ada macam2 rasa..marah,geram,kecewa,gembira dan macam2 lagi.tuhan ciptakan hati manusia ni sama tp tak serupa.bende2 yg manusia cipta tu bukannya ajaib cikgu..itu cuma tinggalan sejarah lama.sbb manusia hari ni..boleh buat bende2 yg serupa dengan bende2 tu semua.tapi xd sape yg buleh cipta hati manusia..cikgu...!!!
Wong Ah Beng di Pusat Membeli belah

Ini adalah wa punya pemerhatian terhadap perlakuan social yg seling boleh dilihat di pusat2 membeli belah di tanah ayer..

Awek cun + balak hensem
Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.

Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Sila pelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.

Awek tak cun + balak hensem
Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem..

Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple talak sapa pedulik punya..no komen..

Group of girls + 1 guy
Selalunya berlaku di kedai makan.. Seolang lelaki di kelilingi kawan-kawan pelempuan nya. Sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)

Awek cun berpakaian seksi
Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.

Awek tak cun berpakaian seksi
Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear sexy and I feel good" ataupun "I have the right to wear anything I want"... Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka Tatau apa mau cakap lagi woo..
Al-kisah kereta pak cik Ali rosak di tengah jalan, dan lalulah si Mamat hendak menolong.

Mamat : Apa masalah kereta pak cik ni?
P. Ali : Tak taula, tetibe berasap ni haaa.
Mamat : Meh sini saya tengokkan*sambil repair apa yg patot*
P. Ali : Apa masalah nye ?
Mamat : Cuma kurang air je la pakcik. Sekarang okay dah .
P. Ali : Terime kasih ye nak. Nah sikit duit dari pakcik *menghulur not RM50*
Mamat : Susah je pakcik ni, terime kasih jugak ea pak cik.
P. Ali : EH, PAK CIK NAK KASI RM30 JE SEBENARNYE NAK. PAKCIK TAKDE DUIT KECIK BOLEH KASI RM20 BAKI TAK?
Mamat : @#!#$%%^&*